Diam tak diam dah kali ke 4 dah aku berpuasa di Melbourne, lama sangat dah ni. Rindunya suasana berpuasa di Malaysia, ada bazar ramadhan, berterawikh di masjid dan yang paling best berbuka bersama keluarga, ah bestnya, sabar sikit je lagi InsyaAllah....:) Apa pun aku nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan semoga segala amalan yang baik diterima dan diberkati oleh-Nya, Amin....:) Sambil-sambil tu jangan lupa pulak niat puasa ramadhan, nanti dapat lapar dan dahaga jer. Ni aku sertakan sekali niat puasa, niat berbuaka dan niat selepas berbuka...:)
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’alaDoa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.Doa Selepas Berbuka Puasa

kredit artikel : zelo55.com
0 comments:
Post a Comment