Pages

Tuesday, August 26, 2014

Happy 7th Anniversary

Happy 7th Anniversary! 7 years of togetherness, 7 years of happiness, 7 years of making dreams come true, 7 years of sharing, 7 years of trust, 7 beautiful years. Happy Anniversary.
Love you till' jannah....
May Allah bless us....


Universiti Utara Malaysia || 14th Sept 2003

Monday, August 18, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalamuailaikum semua...

Rasanya dah lama tak updated blog ni, macam dah bersarang pulak rasanya. Ni baru teringat akan kewujudan blog dan terus rasa macam ada cerita yang hendak di ceritakan. Alhamdulillah sepanjang tak updated ni macam-macam berlaku, kalau nak story tak laratlah nanti sampai esok pagi tak habis. Nuha dan kafeel yang dah semakin membesar dan rasa diri ini semakin tua pastinya. Alhamdulillah, nuha dah hafal surah yassin, kafeel pula dah tak pakai pampers dan dah pandai bercakap. Tinggal aku jer bila boleh tukar terengganu. Semoga segala urusan dan permohonan hamba-Mu diperkenankan... Amin.

Sedikit gambar mengenai kami....:)


Gambar ketika kami beraya di Sabah iaitu di Sipitang


Gambar di Mydin Kuala Terengganu

Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin....:)

Monday, July 23, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Selamat menjalankan ibadat puasa buat seluruh umat islam seantero dunia...:)


Bergambar ketika Shopping di Giant Kuala Terengganu....

Friday, March 02, 2012

Selamat Harijadi Kafeel....

Alhamdulillah ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi aku mengupdated kan blog aku yang aku rasa dah agak lama dah aku tak updated. 19 Februari 2012 merupakan tarikh keramat bagi anak aku yang ke-2 bernama Kafeel Ehan Bin Kamalruzaman kerana menyambut harijadi nya bagi 1 tahun. Aku tahu post ini agak lambat disebabkan masa yang begitu singkat dan tahap kesibukan aku yang melampau, tapi aku cuba jugak post kan supaya ia menjadi kenangan buat aku dan keluarga aku.....:) Kebetulan masa nak sambut harijadi anak aku boleh pulak dia demam dan muntah2, selamat pada malamnya anak aku dah beransur pulih, be strong wahai anak ku. Dengan kesempatan ini walid, ummi dan kak Nuha ingin mengucapkan selamat harijadi yang ke 1 tahun, semoga menjadi anak yang soleh dan beriman....Amin

Kafeel masa demam dan muntah di Klinik UMT

Masa di Churchill, 7 bulan....chomel kan, Aceh!!!!

Thursday, February 23, 2012

Family ku yang pertama...

Terlalu lama untuk aku tidak mengupdate blog ini, bukan kerana tidak mempunyai cerita untuk diceritakan atau sudah muak/boring untuk menulis tetapi kerana masa yang tidak mengizinkan. Setelah pulang ke Malaysia pada bulan 8 2011, terlalu banyak perkara dan kerja perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Mana nak menguruskan family di Terengganu, mana nak melapor di JPN Johor, mana nak cari taska dan pengasuh untuk anak-anak, fuhh! selamat Allah mempermudahkan segala urusan walaupun aku dan anak bini duduk berjauhan, Alhamdulillah, Thank You Allah....:)

Alhamdulillah, aku melapor di tempat lama ku tetapi dalam suasana yang baru kerana dari golongan pentadbir sampai ke guru, rata2nya baru. Aku perlu sesuaikan diri dengan suasana ini. Pada mulanya aku agak kekok tapi lama-kelamaan dpt juga aku sesuaikan diri. Aku dapati pentadbiran baru ini agak sistematik dan teratur berbanding pentadbir yang sebelum nya tetapi kerja terlalu menimbun, banyak sangat kerja yang perlu dibuat dan kesemuanya perlu segera. Aku tak kisah yang penting aku buat kerja aku dan tak menyusahkan orang lain, dan yang paling penting sekali hujung minggu aku balik jumpa anak bini aku.....:))

Aku berulang-alik dari JB ke K. Terengganu tiap2 sabtu-ahad untuk bersama-sama isteri dan anak-anak. Nak ikut kan memang letih badan ni dalam masa yang sama banyak duit yang keluar, tapi aku tak kisah yang penting aku dapat berjumpa dengan mereka supaya dapat duduk bersama-sama, bermain, makan-minum, tidur, bermanja, mandikan sama-sama agar kemesraan dari seorang ayah kepada anaknya tidak berkurang. Aku perlu mencari masa untuk mereka walau apa sekali pun demi mereka. Aku juga bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seoarang isteri yang bagi ku seoarang yg sangat2 berdikari dan memahami situasi pada masa sekarang ni, Ya Allah, jasamu wahai isteri ku hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Bagiku buat masa sekarang ni adalah family ku yang pertama kerana mereka berjauhan dari ku. Aku juga berdoa agar permohonan ku untuk bertukar diluluskan....Amin

Salam Lebaran 2011 Malaysia...
Kali pertama beraya di Malaysia setelah 4x beraya di Perantauan....:))

InsyaAllah, nanti bersambung....:)))))

Wednesday, August 24, 2011

Selamat tinggal UYU 255

Entry kali ni berkenaan dengan kereta aku iaitu jenis Honda Accord Sedan 2.0si tahun 1987. Aku pakai kereta ni dari bulan 1 tahun 2008 sehinggalah 21 Ogos 2011 lebih kurang 3 tahun 8 bulan. Seriously aku cakap kereta ni memang best dan tahan lasak sebab apa, aku akan listkan pencapaian kereta buruk aku ni...:)

1) Mt Baw Baw
2) Mt Hawthom
3) Balarat
4) Great Ocean Rd
5) Melbourne City
6) Philips Island
7) Sydney NSW
8) Newcastle NSW
9) Puffin Billy Train
10) Brighton

Dan macam-macam lagi lah tak larat nak tulis sebab tak ingat, kesemua destinasi yang aku listkan di atas ni aku pergi dengan menggunakan kereta buruk aku ni, hah!!! percaya tak percaya punya lah lasak kereta aku ni. Memang tak banyak meragam sebab enjin still ok cuma body jer buruk. Kereta ni aku beli dengan harga AUD2ribu without RWC, buat RWC AUD8ratus so jumlahnya AUD2800. Tapi yang pasti memang berbaloi sebab aku jarang pakai kereta sewa, semua aku belasah pakai kereta buruk aku ni. So disebabkan aku dah nak balik Malaysia for good dah 27 Ogos 2011 ni, jadi aku terpaksa tolak dengan kedai sparepart dan diorang amik kereta aku dengan harga AUD200, bolehlah. Aku malas nak jual dengan orang sebab kereta aku ni takde aircond dan ada penyakit iaitu susah nak start cuma aku jer yang pandai cara nak start kan dia. Apa pun kereta ni memang banyak berjasa dengan keluarga aku, senang cerita memang banyak kenangan lah kereta ni. Dengan ini aku ucapkan selamat tinggal UYU 255, ko memang banyak berjasa pada keluarga aku....:)

Honda Accord









Goodbye UYU 255, ko memang banyak berjasa, takkan aku lupakan sampai bila-bila....:)

Ulangtahun Perkahwinan ku yang ke-4

Sedar tak sedar, dah 4 tahun dah usia perkahwinan aku dengan isteri aku iaitu Siti Falindah Padlee dan Alhamdulillah dalam tempoh tersebut aku telah pun dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Siti Nuha Amni dan Kafeel Ehan. Tahun 2011 merupakan tahun ke-4 berturut-turut aku menyambutnya di bumi Australia dan aku berharap agar tahun depan dapat aku menyambutnya di Malaysia, bukan apa...kat sini susah nak celebrate sebab tempat aku payah nak dapat makanan halal lain lah dekat city of Melbourne...:) Apa yang pasti banyak peristiwa manis dan pahit telah pun aku harungi bersama isteri dan aku berharap agar ikatan suci ini berkekalan sehingga ke akhirat....Amin

teast 2