Pages

Thursday, February 23, 2012

Family ku yang pertama...

Terlalu lama untuk aku tidak mengupdate blog ini, bukan kerana tidak mempunyai cerita untuk diceritakan atau sudah muak/boring untuk menulis tetapi kerana masa yang tidak mengizinkan. Setelah pulang ke Malaysia pada bulan 8 2011, terlalu banyak perkara dan kerja perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Mana nak menguruskan family di Terengganu, mana nak melapor di JPN Johor, mana nak cari taska dan pengasuh untuk anak-anak, fuhh! selamat Allah mempermudahkan segala urusan walaupun aku dan anak bini duduk berjauhan, Alhamdulillah, Thank You Allah....:)

Alhamdulillah, aku melapor di tempat lama ku tetapi dalam suasana yang baru kerana dari golongan pentadbir sampai ke guru, rata2nya baru. Aku perlu sesuaikan diri dengan suasana ini. Pada mulanya aku agak kekok tapi lama-kelamaan dpt juga aku sesuaikan diri. Aku dapati pentadbiran baru ini agak sistematik dan teratur berbanding pentadbir yang sebelum nya tetapi kerja terlalu menimbun, banyak sangat kerja yang perlu dibuat dan kesemuanya perlu segera. Aku tak kisah yang penting aku buat kerja aku dan tak menyusahkan orang lain, dan yang paling penting sekali hujung minggu aku balik jumpa anak bini aku.....:))

Aku berulang-alik dari JB ke K. Terengganu tiap2 sabtu-ahad untuk bersama-sama isteri dan anak-anak. Nak ikut kan memang letih badan ni dalam masa yang sama banyak duit yang keluar, tapi aku tak kisah yang penting aku dapat berjumpa dengan mereka supaya dapat duduk bersama-sama, bermain, makan-minum, tidur, bermanja, mandikan sama-sama agar kemesraan dari seorang ayah kepada anaknya tidak berkurang. Aku perlu mencari masa untuk mereka walau apa sekali pun demi mereka. Aku juga bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan seoarang isteri yang bagi ku seoarang yg sangat2 berdikari dan memahami situasi pada masa sekarang ni, Ya Allah, jasamu wahai isteri ku hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Bagiku buat masa sekarang ni adalah family ku yang pertama kerana mereka berjauhan dari ku. Aku juga berdoa agar permohonan ku untuk bertukar diluluskan....Amin

Salam Lebaran 2011 Malaysia...
Kali pertama beraya di Malaysia setelah 4x beraya di Perantauan....:))

InsyaAllah, nanti bersambung....:)))))