Pages

Wednesday, August 24, 2011

Selamat tinggal UYU 255

Entry kali ni berkenaan dengan kereta aku iaitu jenis Honda Accord Sedan 2.0si tahun 1987. Aku pakai kereta ni dari bulan 1 tahun 2008 sehinggalah 21 Ogos 2011 lebih kurang 3 tahun 8 bulan. Seriously aku cakap kereta ni memang best dan tahan lasak sebab apa, aku akan listkan pencapaian kereta buruk aku ni...:)

1) Mt Baw Baw
2) Mt Hawthom
3) Balarat
4) Great Ocean Rd
5) Melbourne City
6) Philips Island
7) Sydney NSW
8) Newcastle NSW
9) Puffin Billy Train
10) Brighton

Dan macam-macam lagi lah tak larat nak tulis sebab tak ingat, kesemua destinasi yang aku listkan di atas ni aku pergi dengan menggunakan kereta buruk aku ni, hah!!! percaya tak percaya punya lah lasak kereta aku ni. Memang tak banyak meragam sebab enjin still ok cuma body jer buruk. Kereta ni aku beli dengan harga AUD2ribu without RWC, buat RWC AUD8ratus so jumlahnya AUD2800. Tapi yang pasti memang berbaloi sebab aku jarang pakai kereta sewa, semua aku belasah pakai kereta buruk aku ni. So disebabkan aku dah nak balik Malaysia for good dah 27 Ogos 2011 ni, jadi aku terpaksa tolak dengan kedai sparepart dan diorang amik kereta aku dengan harga AUD200, bolehlah. Aku malas nak jual dengan orang sebab kereta aku ni takde aircond dan ada penyakit iaitu susah nak start cuma aku jer yang pandai cara nak start kan dia. Apa pun kereta ni memang banyak berjasa dengan keluarga aku, senang cerita memang banyak kenangan lah kereta ni. Dengan ini aku ucapkan selamat tinggal UYU 255, ko memang banyak berjasa pada keluarga aku....:)

Honda Accord









Goodbye UYU 255, ko memang banyak berjasa, takkan aku lupakan sampai bila-bila....:)

Ulangtahun Perkahwinan ku yang ke-4

Sedar tak sedar, dah 4 tahun dah usia perkahwinan aku dengan isteri aku iaitu Siti Falindah Padlee dan Alhamdulillah dalam tempoh tersebut aku telah pun dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Siti Nuha Amni dan Kafeel Ehan. Tahun 2011 merupakan tahun ke-4 berturut-turut aku menyambutnya di bumi Australia dan aku berharap agar tahun depan dapat aku menyambutnya di Malaysia, bukan apa...kat sini susah nak celebrate sebab tempat aku payah nak dapat makanan halal lain lah dekat city of Melbourne...:) Apa yang pasti banyak peristiwa manis dan pahit telah pun aku harungi bersama isteri dan aku berharap agar ikatan suci ini berkekalan sehingga ke akhirat....Amin

teast 2

Friday, August 12, 2011

Rupa Kiamat - Bacalah, wahai sahabatku semua..kuatkan semangat untuk membacenye..

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

by : ~~ Buat Sahabat dan Teman~~

..Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab..

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluh...an remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...



Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

by Aniza Ariffin

Monday, August 08, 2011

Iftar dan terawih di Hawthorn....

Alhamdulillah, aku panjatkan rasa kesyukuran ku terhadap Allah s.w.t kerana dengan Nya dapat aku merasa nikmat kurniaan Nya sepanjang aku bernafas di muka bumi ini. Sedar tak sedar, dah 7 ramadan telah berlalu tapi itu kalau dekat tempat aku ni iaitu "Churchill terpencil" tapi kalau Malaysia dah 8 hari dah....:) Tempat aku ni lain sikit, apapun aku taknak komen sebab aku tak arif dalam menentukan 1 Ramadan ni, jadi aku ikut jer lah community aku yang dekat sini. Ok, 1 Ramadan hari tu aku ada buat Iftar dan solat terawih kat rumah aku bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia ni iaitu bulan Ramadan. Jadi aku jemput mana yang aku rapat iaitu Abang akmal and family, Abang Zul and family, Sudin dan Wasem. Mereka ni dari Malaysia kecuali Wasem jer dari Singapura dan untuk pengetahuan korang kebanyakkan muslim kat tempat aku ni dari Pakistan dan Bangladesh jadi aku tak berapa rapat sebab tu aku tak jemput diorang, kalau aku jemput diorang habis roboh rumah aku....:) Majlis ni aku buat pun sempena bulan terakhir aku dan family di Churchill sebab Ogos ni adalah bulan terakhir aku di sini dan Australia dan aku dan family akan balik dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia senang cerita "balik for good", tu yang aku buat tu. Apapun aku harap apa yang aku rancang dapat berjalan dengan lancar dan pada yang sama aku berdoa agar semua nya berjalan dengan selamat....Amin.

Ni adalah gambar kenang-kenangan family di "Churchill terpencil"

Churchill family
Churchill family

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Diam tak diam dah kali ke 4 dah aku berpuasa di Melbourne, lama sangat dah ni. Rindunya suasana berpuasa di Malaysia, ada bazar ramadhan, berterawikh di masjid dan yang paling best berbuka bersama keluarga, ah bestnya, sabar sikit je lagi InsyaAllah....:) Apa pun aku nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan semoga segala amalan yang baik diterima dan diberkati oleh-Nya, Amin....:) Sambil-sambil tu jangan lupa pulak niat puasa ramadhan, nanti dapat lapar dan dahaga jer. Ni aku sertakan sekali niat puasa, niat berbuaka dan niat selepas berbuka...:)

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasaSahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

kredit artikel : zelo55.com

Saturday, July 30, 2011

Night Shoot in Melbourne

"Night Shoot in Melbourne"%&$ Apakah?....hahahaha....Ini dia, semalam iaitu pada hari jumaat 29 Julai 2011, aku ke Melbourne gara-gara nak amik gambar Melbourne waktu malam punya pasal, punyalah semangat. Aku kena pergi jugak semalam pasal isnin ni semua umat Islam termasuklah aku dah mula menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan. Jadi aku tak nak lah pergi amik gambar ni masa bulan ramadhan pasal pertama puasa kedua pulak aku malas nak pergi sebab rumah aku ke Melbourne lebih kurang 2 jam kalau drive, itu drive kalau naik train pulak tambah lagi 30 minit, giler ko jauh tu ketiga pulak sekarang ni musim winter amik gambar waktu malam pulak tu, confirm aku beku. Jadi nak ke, tak nak ke aku kena pergi jugak sebab ni je peluang aku yang terakhir sebab InsyaAllah pada 25 Ogos 2011 ni aku dan family akan balik terus ke Malaysia. Sebab tu kena pergi jugak kalau tak menyesal oooo...:) Belasah je lah, aku pakai baju tebal-tebal atas bawah lepas tu tangkap gambar habis cerita. Rugi kalau tak shoot gambar malam kat sini sebab bukan senang nak sampai Australia, so peluang keemasan ni aku takkan lepaskan dan aku akan jadikan sebagai tanda kenang-kenangan. Jadi, ini antara koleksi-koleksi gambar yang sempat aku ambil, so hopefully korang enjoy....:)

Melbourne City
Yarra River

Flinders st, melbourne, Australia
Flinders Street

Swantson St in Black & White
Swanston Street

Light trails in Flinders St
tepi Flinders Street

Rollercoster in Melbourne
rollercoster in Melbourne

Thursday, July 28, 2011

Idea buat blog....

Mana datang idea nak buat blog ek? Macam ni, selain daripada Facebook tengok kat internet sana sini orang mesti ada website sendiri tak kisah lah dari blogspot ker, wordpress ker, tumblr ker apa-apa lah yang penting semua ada blog sendiri kat internet. Kat website masing-masing ada je perkara yang hendak di share tak kisahlah dari sudut politik, masakan, pandangan, ceramah agama, hiburan, sukan, tunjuk barang branded yang harganya mahal mahupun bual-bual kosong. Jadi dengan itu menyebabkan aku pun nak ada blog aku sendiri, maka secara rasmi wujud lah blogspot aku ni iaitu crunew.blogspot.com. Tapi apa yang nak disharekan ek? Setakat ni aku pun tak tahu apa yang nak share tapi yang pasti aku cuba share perkara-perkara yang baik yang tak akan menjadi ancaman buat negara Malaysia, hehehehe....:)

Ok, aku nak share mana aku dapat idea nak namakan blog aku ni :

a) crunew :
aku nak nama yang simple tapi best, kebetulan anak aku Nuha tengok kartun "Dibbo : The Wish Dragon" dan salah satu watak utama dalam kartun tu nama dia "crunew". Aku fikir kalau aku amik nama ni nampak macam cool, last-last fikir punya fikir aku rembat jelah nama crunew ni sebab rasa macam cool dan canggih, rasanya lah muahahaha....

b) Learn and Do :
Learn and Do ni sebenarnya dari motto "Command and Do" iaitu "Commando" tapi masalahnya aku bukan tentera atau soldier jadi aku pusing sikit jadi lah 'Learn and Do". Tapi kenalah dengan aku sebab aku suka fotografi. Nak pandai fotografi kenalah belajar dulu iaitu 'Learn' dah pandai barulah praktik kan ataupun latihan iaitu 'Do'. Amacam brilliant tak idea aku....:)

c) Keep it Simple and Stupid :
Yang ni lebih kurang kepada "Study Smart not Study Hard". Lebih kurang macam tulah meaning dia.

Secara logiknya, ini lah antara sebab nama blog aku macam ni, yang penting ini datang dari idea aku dan bukan tiru dari orang lain, Ori Maaa......:-)) Cheers

Wednesday, July 27, 2011

Saya dah boleh meniarap

Sapa yang boleh meniarap tu? Sebenarnya bukan aku, tapi anak akulah Kafeel. Anak aku ni baru jer masuk 5 bulan dan Alhamdulillah dia dah pandai meniarap dah. Terpusing-pusing nak golekkan badan dia. Lepas tu bila dah boleh meniarap tak boleh nak pusing balik. Bila dah tak boleh pusing balik, apa lagi menangis lah. Sabar jelah.....:) Ini antara moment yang sempat aku tangkap masa anak aku ni meniarap. Siap meniarap depan DVD player kakak dia lagi, macam pandai jer tengok kartun mickey mouse. Gaya menggalahkan bebudak besar padahal baru je masuk 5 bulan, hehehe......Kafeel kafeel, tergelak aku dan isteri melihat telatah anak aku sorang nie....:)

I'm watching .....??
yes!!!! berjaya juga aku memusingkan badan aku, sekarang masa untuk tgk kartun...

good effort Kafeel
alamak...letih lah tengkok aku tgk kartun, tak boleh nak pusing...tolong!!!

Baru nak ber"Blogger"

Assalamualaikum, Hello world, Selamat Sejahtera, Good day everyone, hari ni dalam sejarah sebab hari ni aku baru nak berblogger. Tengok orang lain ada blogger menyebabkan aku pun nak ada blog aku sendiri. Tak kisahlah ada kawan ker takde, janji aku ada blog aku sendiri. Maka dengan adanya blog aku ni, dapatlah aku berkongsi pandangan, luahan, tazkirah, photography atau sebagainya untuk share dan tulis dalam blog ini. Welcome to the world of blogging crunew.blogspot.com...:)